Penjawat awam ditahan bawa masuk wanita warga asing tanpa dokumen sah di KLIA 2
Suspek ditahan Selasa lalu oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang bertugas di kaunter imigresen, Balai Ketibaan Terminal KLIA 2.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M. Ravi.
SEORANG penjawat awam ditahan kerana disyaki membawa masuk wanita warga asing tanpa pas perjalanan yang sah ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2).
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M. Ravi berkata, suspek ditahan Selasa lalu oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang bertugas di kaunter imigresen, Balai Ketibaan Terminal KLIA 2.
"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan kejadian itu pada Selasa lalu, pukul 1.18 pagi, daripada seorang pegawai AKPS yang bertugas semasa kejadian," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 26B(d) ATIPSOM ke atas tangkapan suspek seorang penjawat awam.
Bagi tangkapan wanita warga asing itu pula katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk Malaysia tanpa mempunyai dokumen perjalanan sah.
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


