The Step - Every Story Moves You

Penjawat awam dilarang guna Waze berkuat kuasa serta-merta

Kerjasama semua pihak perlu bagi memastikan keputusan berkenaan dipatuhi sepenuhnya di setiap peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita21 Oktober 2026 pada 07:46 PTG1 min bacaanDikemas kini 22 Oktober 2026 pada 07:49 PG
Kerjasama semua pihak perlu bagi memastikan keputusan berkenaan dipatuhi sepenuhnya di setiap peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Kerjasama semua pihak perlu bagi memastikan keputusan berkenaan dipatuhi sepenuhnya di setiap peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

KERAJAAN mengarahkan semua anggota perkhidmatan awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi Waze susulan kaitannya dengan Israel, dengan larangan itu berkuat kuasa serta-merta.

Arahan berkenaan dimaklumkan menerusi pemakluman rasmi yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, semalam, susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul berkata, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan arahan itu disampaikan kepada seluruh pegawai di bawah seliaan masing-masing, termasuk di agensi dan jabatan berkaitan, untuk tindakan serta-merta.

Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama semua pihak bagi memastikan keputusan berkenaan dipatuhi sepenuhnya di setiap peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

“Sebarang pertanyaan atau keperluan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan arahan ini bolehlah dikemukakan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri yang merupakan agensi penyelaras bagi perkara ini.

“Kerjasama dan perhatian serius bagi memastikan keputusan ini dipatuhi secara menyeluruh di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing adalah amat dihargai,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com