EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Pengampunan bersyarat, Najib jalani tahanan rumah jika bayar denda RM50 juta

Perintah tahanan di rumah itu dikenakan sehingga 23 Ogos 2028.

The Step18 September 2026 pada 01:06 PTGDikemas kini 18 September 2026 pada 01:09 PTG
Perintah tahanan di rumah itu dikenakan sehingga 23 Ogos 2028.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Perintah tahanan di rumah itu dikenakan sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk sekiranya Najib membayar dendan sebanyak RM50 juta.

Perkara itu diputuskan mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang bersidang hari ini.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan memaklumkan, Najib perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan menerusi pengampunan bersyarat tersebut.

“Sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada 11 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan