Pemandu BYD didakwa esok susulan kematian kanak-kanak lima tahun
Lelaki berusia 24 tahun itu dijangka berdepan tiga pertuduhan.

Kemalangan di Jalan Kuching mengakibatkan kanak-kanak lima tahun meninggal dunia.
PEMANDU BYD Seal yang dipercayai terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, akan didakwa di mahkamah esok.
Kejadian berlaku di Jalan Kuching, Sabtu lalu.
Lelaki berusia 24 tahun itu dijangka berdepan tiga pertuduhan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, terdahulu pada pukul 11.30 pagi tadi, lelaki tersebut ditahan ketika keluar dari sebuah hospital di Damansara.
Jelas beliau, dia kemudiannya dimasukkan ke dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
"Kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan dan bersetuju untuk menuduh pemandu berkenaan di Mahkamah Trafik Jalan Duta esok.
"Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian," jelasnya.
Beliau memberitahu, dua lagi pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 52 (1) akta sama.
Dalam kejadian pada pukul 3.44 petang Sabtu lalu, sebuah kenderaan elektrik melanggar bahagian belakang kereta dinaiki Ahmad Syahir Mohammad Nor Izam dan anaknya, Asiah ketika dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.
Asiah dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


