The Step - Every Story Moves You

Pemandu BYD berdepan tiga pertuduhan, pandu berbahaya, sebabkan kematian kanak-kanak

Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

TS
Oleh The StepPengarang Berita15 Oktober 2026 pada 11:57 PG1 min bacaanDikemas kini 16 Oktober 2026 pada 07:54 PG
Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas tiga pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya.

Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas tiga pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya. Polis Trafik KL.

PEMANDU kereta BYD yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sabtu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas tiga pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya.

Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memandu kereta BYD Seal secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5, di Jalan Kuching, dari arah pusat bandar menghala ke Segambut, 10 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, pegawai bank itu didakwa memandu secara berbahaya di lokasi dan waktu sama, mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Raeven didakwa gagal berhenti selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di lokasi dan waktu sama, mengikut Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) akta sama.

Mahkamah telah menetapkan jaminan sebanyak RM22,000 bagi pertuduhan di bawah Seksyen 41(1), RM12,000 bagi Seksyen 42(1) dan RM2,000 bagi Seksyen 52(1), masing-masing dengan seorang penjamin warganegara Malaysia.

Jumlah keseluruhan jaminan yang ditetapkan adalah sebanyak RM36,000.

Mahkamah turut memerintahkan supaya lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai, selain mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com