Pelajar tingkatan satu ditemui parah, dakwa tertekan hadapi peperiksaan
Keadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila pelajar berkenaan ditemukan terbaring di aras bawah berhampiran tangga

Keadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila pelajar berkenaan ditemukan terbaring di aras bawah berhampiran tangga
Seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditemui terbaring parah berhampiran tangga di sebuah sekolah Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila pelajar berkenaan ditemukan terbaring di aras bawah berhampiran tangga Blok E sekolah.
Beliau berkata, kejadian disedari seorang guru yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada guru penolong kanan sesi petang sebelum menghubungi polis.
Menurutnya, guru berkenaan memaklumkan pelajar itu masih sedarkan diri dan boleh bercakap ketika ditemukan sebelum dihantar ke Hospital Kulim.
“Rakaman percakapan beberapa individu lain termasuk saksi juga dibuat bagi mendapatkan maklumat sebenar berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Syamsul berkata, hasil temu bual pegawai penyiasat sebelum ini mendapati mangsa mengaku mengalami tekanan susulan peperiksaan yang akan berlangsung minggu hadapan.
Beliau berkata, rakaman percakapan selanjutnya akan dilakukan apabila keadaan kesihatan mangsa mengizinkan bagi memperincikan kejadian.
Selain itu, pihak polis turut mendapatkan laporan perubatan lengkap berhubung kecederaan dan keadaan terkini mangsa.
Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditemui parah di sebuah sekolah di sini dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang Ahad.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


