The Step - Every Story Moves You

Pelajar Tingkat Tiga sekolah berasrama penuh ditemukan meninggal dunia

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di daerah Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia dalam kawasan sekolah itu, hari ini.

TS
Oleh The StepPengarang Berita18 November 2026 pada 10:48 PTG1 min bacaanDikemas kini 19 November 2026 pada 07:26 PG
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah (kiri) melawat sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar susulan pelajar Tingkatan Tiga ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah tersebut.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah (kiri) melawat sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar susulan pelajar Tingkatan Tiga ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah tersebut.

JABATAN Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas pemergian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Perak yang disahkan meninggal dunia di sekolah berkenaan, hari ini.

Menurut jabatan itu, pihaknya sedang memantau perkembangan insiden berkenaan secara dekat dan telah mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Selain itu, JPN Perak telah menyelaras agar perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial diberikan kepada murid, guru serta warga sekolah yang terkesan dalam memastikan kesejahteraan emosi mereka diberikan perhatian sewajarnya.

"JPN Perak juga memastikan komunikasi dengan keluarga murid dilaksanakan secara berhemah, penuh empati dan berterusan, di samping memberikan bantuan serta sokongan yang bersesuaian," jelasnya dalam kenyataan.

JPN Perak memohon semua pihak agar menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial, bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran proses siasatan.

Dalam pada itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah meminta pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan JPN Perak menyediakan laporan penuh mengenai kejadian.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di daerah Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia dalam kawasan sekolah itu, hari ini.

Jenazah mangsa dilaporkan dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com