EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Pelajar SMK Za’ba meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama

Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq bin Shahril merupakan pelajar yang aktif dalam bidang sukan, termasuk sukan memanah

Deel Anjer26 September 2026 pada 09:02 PGDikemas kini 26 September 2026 pada 05:12 PTG
Pelajar SMK Za’ba meninggal dunia

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq bin Shahril.

Seorang pelajar Sekolah Sukan Negeri Sembilan (SSNS), SMK Za’ba, Kuala Pilah, meninggal dunia pada 25 September 2026 selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Warga Kuala Pilah, Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq bin Shahril merupakan pelajar yang aktif dalam bidang sukan, termasuk sukan memanah.

“Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq bin Shahril.

“Dukacita dimaklumkan, seorang pelajar Sekolah Sukan Negeri Sembilan (SSNS), SMK Za’ba, Kuala Pilah telah meninggal dunia pada 25 September 2026 selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan turut menyentuh dakwaan yang mengaitkan kematian Allahyarham dengan kejadian buli.

Bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam siasatan dan belum wajar dianggap sebagai punca kematian yang telah disahkan.

“Semoga pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus dan segala persoalan mengenai kejadian ini mendapat jawapan yang sebenar,” menurut kenyataan itu.

Warga Kuala Pilah turut menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat tuduhan yang boleh membawa kepada fitnah sementara menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

Al-Fatihah

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan