Pelajar SMK Za’ba meninggal dunia didakwa mangsa buli, Asyraf Wajdi gesa siasatan segera
'Makin menjadi-jadi kes buli di asrama. Macam seronok yang melakukan'

Asyraf Wajdi gesa kes buli disiasat segera — Facebook: Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa sedih dan terkesan susulan berita kematian seorang pelajar SMK Za’ba, Kuala Pilah, Muhammad Idlan Fareeq Shahril.

Menerusi hantaran di Facebook beliau pagi ini, Asyraf Wajdi menyifatkan berita pemergian Allahyarham sebagai sesuatu yang amat menyedihkan, selain menggesa siasatan dilakukan segera berhubung dakwaan bahawa pelajar berkenaan menjadi mangsa buli.
“Pagi ini amat sedih dan terkesan dengan berita kematian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, pelajar SMK Za’ba, Kuala Pilah, yang didakwa menjadi mangsa buli.
“Wajib disiasat segera, telus dan ambil tindakan tegas!” katanya.
Hantaran berkenaan turut mendapat perhatian netizen yang menyuarakan kebimbangan terhadap isu buli membabitkan pelajar, khususnya di institusi pendidikan dan asrama.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk gesaan supaya tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pihak yang didapati bersalah.
“Makin menjadi-jadi kes buli di asrama. Macam seronok yang melakukan. Bagi hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.”
Seorang lagi netizen berpandangan pelajar kini semakin berani melakukan tindakan melampau kerana menganggap guru mempunyai keterbatasan dalam mengambil tindakan.
“Ramai budak sekarang bertindak melampau sebab tidak takut tindakan guru. Guru tidak boleh bertindak seperti guru-guru sebelum ini.”
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan tahap keselamatan institusi pendidikan ketika ini.
“Sedihlah macam ni, institusi pendidikan dah tak selamat. Adakah sebab pelajar terlalu banyak masa free?”
Seorang lagi pengguna Facebook turut menyokong gesaan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan perkara sebenar.
“Ya... siasat dan ambil tindakan yang sepadan dengan kes. Hukuman yang setimpal dan pengajaran untuk semua.”
Bagaimanapun, dakwaan bahawa Allahyarham menjadi mangsa buli masih perlu disahkan menerusi siasatan pihak berkuasa dan pihak berkaitan.
Punca kematian serta perkara yang berlaku sebelum kejadian juga wajar dirujuk kepada kenyataan rasmi bagi mengelakkan spekulasi.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Siti Nurhaliza cari Habsah Hassan sebelum naik pentas, budi bahasa dipuji netizen
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 10:21 PG

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG

MOMOYO buka kedai flagship pertama berkonsep bakeri di Malaysia
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 03:20 PTG

Pelajar SMK Za’ba meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:02 PG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG

Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
The Step · 26 September 2026 pada 04:27 PTG

