The Step - Every Story Moves You

Pelajar perempuan ditemukan maut di sekolah

Mangsa berusia 16 tahun ditemukan neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya itu tidak pulang ke rumah.

TS
Oleh The StepPengarang Berita4 Oktober 2026 pada 06:51 PG1 min bacaanDikemas kini 4 Oktober 2026 pada 01:06 PTG
Kawasan depan pintu masuk sekolah dikawal ketat.

Kawasan depan pintu masuk sekolah dikawal ketat. Media sosial.

SEORANG pelajar perempuan tingkatan empat ditemukan maut, dipercayai dibunuh, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, petang semalam.

Mangsa berusia 16 tahun ditemukan neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya itu tidak pulang ke rumah.

Menurut sumber seperti dilaporkan Harian Metro, mangsa tinggal dengan neneknya selepas ibunya meninggal dunia, manakala bapa bekerja di Kuala Lumpur.

"Terdapat kesan darah kering ditemukan pada badan mangsa selain lebam seolah-olah dipukul," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian.

Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor juga kelihatan berada di dewan sekolah untuk melakukan siasatan.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com