Pelajar maut dicekik, teman lelaki ditahan
Mangsa ditemui terbaring di atas katil di tingkat bawah sebuah rumah berkenaan selepas teman lelakinya, yang juga berusia 19 tahun, menghubungi polis

Mangsa ditemui terbaring di atas katil di tingkat bawah sebuah rumah berkenaan selepas teman lelakinya, yang juga berusia 19 tahun, menghubungi polis
Pertengkaran antara sepasang kekasih berakhir tragedi apabila seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, dipercayai akibat dicekik di sebuah bilik di Air Putih, di Kuantan, hari ini.
Mangsa ditemui terbaring di atas katil di tingkat bawah sebuah rumah berkenaan selepas teman lelakinya, yang juga berusia 19 tahun, menghubungi polis pada jam 4.32 pagi susulan pertengkaran antara mereka.
Suspek yang masih berada di premis berkenaan kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pemeriksaan mendapati terdapat kesan tekanan pada leher mangsa sebelum pegawai perubatan mengesahkan kematiannya.
"Mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di tingkat bawah rumah berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan tekanan di leher mangsa, dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


