Pelajar maut di asrama Kuala Pilah, polis tahan remaja 16 tahun
Menurut polis, siasatan sedang dijalankan bagi meneliti semua fakta dan bukti untuk mengenal pasti punca serta motif sebenar kejadian

POLIS menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan susulan kematian pelajar tingkatan dua di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafnu Ahmad berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kes berkenaan.
"Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8 malam, Jumaat, di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau memberitahu, siasatan sedang dijalankan bagi meneliti semua fakta dan bukti untuk mengenal pasti punca serta motif sebenar kejadian.
Pihak polis katanya, menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau menularkannya sehingga boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga pelajar yang terlibat.
Jelas beliau, pihak polis memandang serius sebarang kejadian keganasan yang melibatkan pelajar, khususnya kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa.
"Kita turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.
"Keutamaan pihak polis adalah untuk memastikan siasatan dijalankan secara profesional, menyeluruh dan berdasarkan bukti bagi memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak," tegasnya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG

Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
The Step · 26 September 2026 pada 04:27 PTG


