The Step - Every Story Moves You

Pejuang kehilangan pengasas Pejuanita Muda, Dr Nurul Ashikin Mabahwi

Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, sahabat handai serta warga Pejuang, khususnya mereka yang pernah bersama-sama beliau dalam perjuangan parti.

TS
Oleh The StepPengarang Berita12 Oktober 2026 pada 06:34 PTG1 min bacaanDikemas kini 12 Oktober 2026 pada 06:36 PTG
Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, sahabat handai serta warga Pejuang, khususnya mereka yang pernah bersama-sama beliau dalam perjuangan parti.

PEJUANG kehilangan antara tokoh yang menggerakkan sayap wanitanya susulan pemergian Ketua Pengasas Pejuanita Muda, Allahyarhamah Dr Nurul Ashikin Mabahwi.

PEJUANG kehilangan antara tokoh yang menggerakkan sayap wanitanya susulan pemergian Ketua Pengasas Pejuanita Muda, Allahyarhamah Dr Nurul Ashikin Mabahwi.

Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir, menzahirkan ucapan takziah kepada suami Allahyarhamah, Mohamed Zakaria Abd Aziz, anak-anak serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala kekurangan Allahyarham, menerima segala amal ibadah serta kebaikan yang dilakukan sepanjang hayatnya dan mengurniakan ganjaran pahala di akhirat kelak.

“Semoga Allah SWT menempatkannya bersama para muhsinin di Jannatul Firdaus. Amin,” menurut kenyataan itu.

Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, sahabat handai serta warga Pejuang, khususnya mereka yang pernah bersama-sama beliau dalam perjuangan parti.

Seluruh keluarga besar Pejuang turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh.

Semoga suami, anak-anak dan seluruh keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com