Pasukan khas ditubuhkan siasat rasuah RM350,000 libatkan pegawai kanan SPRM
Isu ini pernah disiasat pada tahun 2018 dan kes tersebut ditutup selepas tiada sebarang kesalahan berjaya dibuktikan.


KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman mengarahkan agar satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti semula isu dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu.
Menurut SPRM, arahan dengan kadar segera itu diambil untuk memastikan integriti SPRM terus terpelihara dan keyakinan masyarakat terhadap institusi ini tidak tergugat.
SPRM katanya, memandang serius terhadap isu dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 itu yang telah tular baru-baru ini.
"Isu ini pernah disiasat pada tahun 2018 dan kes tersebut ditutup selepas tiada sebarang kesalahan berjaya dibuktikan.
"Walau bagaimanapun, dengan gesaan serta penularan semula isu terbabit, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mengarahkan agar satu pasukan khas ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyemak dan meneliti semula perkara ini," jelasnya dalam kenyataan.
SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam menangani isu yang boleh menjejaskan kredibiliti Suruhanjaya.
"Semua pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya," katanya.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


