The Step - Every Story Moves You

'Orang yang hayati makna sujud berusaha jauhi sifat sombong' – Ismail Lasim

Ismail berkata, sujud juga melatih manusia mengawal nafsu yang sentiasa menginginkan pujian, penghormatan dan keutamaan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita16 Oktober 2026 pada 07:26 PTG1 min bacaanDikemas kini 17 Oktober 2026 pada 09:23 PG
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim bersalaman dengan jemaah hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Beting, Kuala Pilah.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim bersalaman dengan jemaah hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Beting, Kuala Pilah.

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim mengingatkan semua pihak supaya menghayati makna di sebalik perlakuan sujud di dalam solat.

Memetik khutbah Jumaat bertajuk 'Membenteng jiwa dengan solat', jelasnya, khatib berpesan orang yang benar-benar menghayati makna sujud akan berusaha menjauhi sifat sombong, kebencian dan kezaliman.

"Dia menyedari bahawa setiap manusia ialah hamba Allah SWT yang wajib dihormati haknya dan diperlakukan dengan adil," jelasnya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu beliau menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Kariah Beting, Kuala Pilah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh.

Ismail berkata, sujud juga melatih manusia mengawal nafsu yang sentiasa menginginkan pujian, penghormatan dan keutamaan.

"Semoga Allah SWT membimbing kita untuk terus istiqamah dalam ibadah, memelihara akhlak dan menjadi insan yang membawa kebaikan kepada masyarakat," katanya.

Beliau turut menghargai peranan masjid sebagai pusat ibadah dan penyatuan ummah, bukan sahaja dalam mengimarahkan syiar Islam, malah sebagai tempat mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya, khutbah Jumaat memberi peringatan bahawa solat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga asas dalam membentuk kekuatan jiwa, memelihara keimanan dan membina akhlak yang mulia.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com