The Step - Every Story Moves You

Op Lens KLCC: DBKL sita 16 peralatan 'ulat foto'

Menurut DBKL, 'Op Lens: Ulat Foto' dilaksanakan sekitar kawasan tumpuan awam di Pintasan Saloma, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee sekitar pukul 8 malam semalam.

TS
Oleh The StepPengarang Berita29 September 2026 pada 08:23 PTG1 min bacaanDikemas kini 29 September 2026 pada 08:25 PTG
Antara peralatan yang disita dalam Op Lens: Ulat Foto dijalankan DBKL di kawasan tumpuan awam di ibu negara.

Antara peralatan yang disita dalam Op Lens: Ulat Foto dijalankan DBKL di kawasan tumpuan awam di ibu negara. DBKL

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 16 peralatan 'ulat foto' termasuk telefon bimbit dengan 13 daripada melibatkan warga asing yang menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran.

Menurut DBKL, 'Op Lens: Ulat Foto' dilaksanakan sekitar kawasan tumpuan awam di Pintasan Saloma, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee sekitar pukul 8 malam semalam.

Dalam operasi kali ini jelasnya, tindakan penguatkuasaan dilakukan ke atas kegiatan perkhidmatan fotografi (ulat foto) tanpa kebenaran yang dijalankan di tempat awam.

"DBKL mengeluarkan sejumlah tiga notis kompaun terhadap individu warganegara yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kebenaran serta membuat 16 sitaan ke atas pelbagai peralatan termasuk telefon bimbit termasuk 13 daripadanya adalah melibatkan warga negara asing.

"Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan menerusi kesalahan di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016," jelasnya dalam kenyataan.

DBKL menambah, pihaknya komited memantau dan mengambil tindakan penguatkuasaan bersama dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan kekal selamat daripada aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang.

Ini katanya, termasuk menimbulkan risiko keselamatan, kacau ganggu kepada pengunjung termasuk halangan dan kelancaran lalu lintas awam.

"Peralatan berkaitan aktiviti jurufoto yang disita melibatkan telefon bimbit, lampu, 'gimbal' dan lain-lain dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tindakan rekod dan dokumentasi lanjut.

"Sebarang aduan atau maklum balas daripada orang awam boleh terus disalurkan melalui pautan saluran rasmi DBKL," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com