The Step - Every Story Moves You

Nga Kor Ming terima pengiktirafan usaha pulihkan projek perumahan sakit

Pengiktirafan ini diberikan susulan kejayaan Kerajaan MADANI menerusi KPKT memulihkan sebanyak 1,726 projek perumahan sakit dan terbengkalai, melibatkan 199,643 unit kediaman dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM158.16 bilion, sehingga Ogos 2026.

TS
Oleh The StepPengarang Berita18 November 2026 pada 11:22 PG1 min bacaanDikemas kini 18 November 2026 pada 11:24 PG
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima pengiktirafan The Edge Malaysia Outstanding Public Service Award sempena The Edge Malaysia Property Excellence Awards 2026.

Ia sebagai penghargaan terhadap usaha dan pencapaian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memulihkan projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara.

Pengiktirafan ini diberikan susulan kejayaan Kerajaan MADANI menerusi KPKT memulihkan sebanyak 1,726 projek perumahan sakit dan terbengkalai, melibatkan 199,643 unit kediaman dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM158.16 bilion, sehingga Ogos 2026.

Menurut KPKT, pencapaian ini memberi sinar harapan kepada hampir 200,000 pembeli rumah yang sekian lama menantikan kediaman impian mereka.

"Yang Berhormat (YB) Menteri menegaskan bahawa pengiktirafan tersebut bukan kejayaan individu, sebaliknya merupakan penghargaan kepada seluruh warga KPKT, khususnya pasukan petugas khas yang telah bekerja keras, komited dan berdedikasi dalam menyelesaikan isu projek perumahan sakit dan terbengkalai demi melindungi kepentingan serta hak pembeli rumah," jelasnya.

KPKT memberitahu, pihak kementerian akan terus memperkukuh reformasi sektor perumahan melalui penambahbaikan tadbir urus, pengukuhan pemantauan dan peningkatan ketelusan bagi memastikan hak pembeli rumah sentiasa terpelihara.

Ia katanya, sekali gus merealisasikan aspirasi Sifar Projek Perumahan Sakit dan Terbengkalai menjelang 2030.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com