MyEG: Kertas siasatan dibuka, dakwaan gagal pindah kutipan hasil kerajaan RM230 juta
Setakat ini seramai enam orang saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa.
POLIS membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan oleh syarikat MY E.G Sdn. Bhd. dan Zetrix AI Bhd. (Kumpulan MyEG) bernilai lebih RM230 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini seramai enam orang saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Beberapa individu lain katanya, akan turut dipanggil untuk diambil keterangan dan siasatan masih diteruskan.
"Kita telah menerima satu laporan polis pada 7 Oktober lalu berhubung transaksi kewangan hasil kerajaan melibatkan MY E.G Sdn. Bhd. dan Zetrix AI Bhd. (Kumpulan MyEG).
"Siasatan dilakukan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan yang melibatkan nilai RM230,913,503.55," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau menambah, dokumen-dokumen berkaitan telah diterima dan sedang diteliti.
Polis jelasnya, komited untuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang.
"Mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


