The Step - Every Story Moves You

Meta akui kesilapan teknikal jejas sebahagian akaun WhatsApp

Menurut MCMC, kesilapan tersebut dikenal pasti dalam lebih separuh daripada kes bagi kumpulan pertama dikemukakan pihaknya.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step3 Oktober 2026 pada 10:52 PG1 min bacaanDikemas kini 5 Oktober 2026 pada 08:37 PG
Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistemnya sehingga aktiviti pengguna akaun WhatsApp yang sah, disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan.

Meta mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistemnya sehingga aktiviti pengguna akaun WhatsApp yang sah, disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan.

SYARIKAT gergasi media sosial, Meta, mengakui berlaku kesilapan teknikal pada sistemnya sehingga aktiviti pengguna akaun WhatsApp yang sah, disalah anggap sebagai pelanggaran peraturan.

Perkara itu dinyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi maklum balas yang diterima daripada Meta berhubung isu penggantungan akaun WhatsApp yang telah dikemukakan kepada syarikat berkenaan sebelum ini.

Menurut MCMC, kesilapan tersebut dikenal pasti dalam lebih separuh daripada kes bagi kumpulan pertama dikemukakan pihaknya.

"Menurut Meta, kesilapan teknikal tersebut telah ditangani pada penghujung September dan akaun sah yang terjejas telah dipulihkan secara proaktif, termasuk sebahagian akaun yang belum mengemukakan rayuan.

"Meta turut mengesahkan bahawa tiada perubahan dibuat terhadap dasar penguatkuasaan atau Terma Perkhidmatan WhatsApp," jelasnya dalam kenyataan.

MCMC menambah, bagi kes lain, Meta menjelaskan bahawa penggantungan akaun turut melibatkan beberapa faktor termasuk nombor telefon kitar semula yang pernah dikaitkan dengan akaun yang disekat, aktiviti spam atau penipuan serta corak penggunaan yang dikesan oleh sistem keselamatan WhatsApp.

Laporan pengguna katanya, merupakan salah satu faktor yang dinilai dan bukan satu-satunya asas bagi tindakan penggantungan akaun.

Berhubung akaun perniagaan jelas MCMC, Meta memaklumkan bahawa penghantaran mesej tanpa persetujuan atau dalam jumlah yang tinggi, khususnya kepada penerima yang bukan dalam senarai kenalan, boleh dikesan sebagai aktiviti spam.

Katanya, pengguna perniagaan disaran mendapatkan persetujuan penerima sebelum menghantar mesej secara pukal.

"MCMC telah meminta Meta menambah baik proses rayuan dan pemulihan supaya pengguna yang terjejas menerima pengesahan, maklumat status semakan dan tindakan yang lebih jelas serta pantas.

"Pengguna yang terjejas disaran menggunakan saluran rayuan dan sokongan rasmi WhatsApp," katanya.

MCMC akan terus memantau penyelesaian kes yang masih tertunggak dan memastikan penambahbaikan dilaksanakan bagi memudahkan pengguna mendapatkan semula akaun mereka.

Jelasnya, tindakan kawal selia selanjutnya akan dipertimbangkan sekiranya langkah Meta didapati tidak memadai.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com