The Step - Every Story Moves You

Mengaku ADC, salah guna gambar Raja Muda Selangor: Polis giat kesan suspek

Hantaran tersebut mendakwa terdapat seorang lelaki mengaku ADC dan menggunakan gambar Raja Muda Selangor bagi tujuan berkenaan.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step19 Oktober 2026 pada 07:01 PTG1 min bacaanDikemas kini 20 Oktober 2026 pada 07:33 PG
Kenyataan media Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Kenyataan media Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

POLIS sedang giat mengesan suspek yang disyaki mengaku sebagai Aide-de-Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Raja Muda Selangor.

Malah suspek juga didakwa menggunakan gambar baginda untuk memperdaya orang awam dalam utusan pembelian rumah dan kenderaan serta disyaki telah mengambil wang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 15 Oktober lalu daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Istana Mestika, berhubung satu hantaran di Threads.

Katanya, hantaran tersebut mendakwa terdapat seorang lelaki mengaku ADC dan menggunakan gambar Raja Muda Selangor bagi tujuan berkenaan.

"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan," jelasnya dalam kenyataan.

Shazeli berkata, merujuk kepada kenyataan media Pejabat Istana Alam Shah, Klang, semalam, pihak istana memandang serius perkara tersebut.

Dan jelasnya, pihak istana menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil dan telus.

"Pihak istana turut menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak akan dilindungi sekiranya didapati terlibat dalam kes ini," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com