The Step - Every Story Moves You

MCMC terima aduan salah guna AI hasilkan video lucah pelajar, guru

Penyalahgunaan teknologi AI untuk menghasilkan atau menyebarkan kandungan seksual yang boleh menjejaskan keselamatan, maruah dan kesejahteraan mangsa, khususnya kanak-kanak adalah tertakluk kepada tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step8 Oktober 2026 pada 09:42 PTG1 min bacaanDikemas kini 9 Oktober 2026 pada 11:08 PG
MCMC

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di media sosial untuk menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa melibatkan pelajar dan guru di sebuah sekolah di Kedah.

MCMC menegaskan bahawa penyalahgunaan teknologi AI untuk menghasilkan atau menyebarkan kandungan seksual yang boleh menjejaskan keselamatan, maruah dan kesejahteraan mangsa, khususnya kanak-kanak adalah tertakluk kepada tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Malah tegasnya, penyedia perkhidmatan berlesen mempunyai kewajipan perlindungan kanak-kanak di bawah Seksyen 18 Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

"Sekiranya disabit kesalahan, denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya boleh dikenakan.

"Kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak pula boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," jelasnya.

Pada masa yang sama katanya, isu berkenaan turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Kementerian Komunikasi (KK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai bidang kuasa masing-masing.

Justeru, MCMC akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan dalam siasatan ini.

"MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak menghasilkan, memuat naik atau menyebarkan semula kandungan seksual yang melibatkan atau didakwa melibatkan kanak-kanak, kerana tindakan sedemikian boleh memudaratkan mangsa serta menjejaskan proses siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diseru menyalurkannya kepada pihak berkuasa melalui saluran yang sewajarnya," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com