The Step - Every Story Moves You

MCMC siasat individu hina Islam berkait perkataan 'lighad'

Kandungan berkenaan dibuat berkait penggunaan perkataan 'lighad' yang merujuk kepada Surah al-Hashr, ayat 18, dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober.

TS
Oleh The StepPengarang Berita10 Oktober 2026 pada 09:06 PTG1 min bacaanDikemas kini 11 Oktober 2026 pada 09:50 PG
MCMC mengambil rakaman percakapan individu berkenaan untuk membantu siasatan.

MCMC mengambil rakaman percakapan individu berkenaan untuk membantu siasatan. MCMC.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap seorang individu susulan kandungan disyaki menghina agama Islam yang dimuat naik menerusi platform media sosial Facebook.

Menurut MCMC, kandungan berkenaan dibuat berkait penggunaan perkataan 'lighad' yang merujuk kepada Surah al-Hashr, ayat 18, dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober.

"Kandungan tersebut didakwa mempersenda ayat suci al-Quran hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

"Sehubungan itu, MCMC telah mengambil rakaman percakapan individu berkenaan bagi membantu siasatan," jelasnya dalam kenyataan.

Jelas MCMC, satu unit telefon bimbit berserta esim turut disita untuk tujuan pemeriksaan forensik.

Pihaknya memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"MCMC menegaskan bahawa kebebasan bersuara di media sosial perlu diamalkan secara bertanggungjawab dengan menghormati sensitiviti agama serta memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com