The Step - Every Story Moves You

MCMC siasat pihak hasilkan, sebar kandungan hina Yang di-Pertuan Agong

Menurut MCMC, tindakan lanjut boleh diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

TS
Oleh The StepPengarang Berita12 Oktober 2026 pada 02:39 PTG1 min bacaanDikemas kini 12 Oktober 2026 pada 07:26 PTG
MCMC

MCMC

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab yang menghasil dan menyebarkan kandungan berupa imej menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut MCMC, tindakan lanjut boleh diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

"Kita telah menghubungi pihak Meta, selaku penyedia platform Threads, berhubung penyebaran imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang telah disunting dengan unsur penghinaan dan dimuat naik di platform berkenaan.

"Susulan itu, kandungan berkenaan telah diturunkan, manakala akaun terlibat turut disekat daripada diakses," jelasnya dalam kenyataan.

MCMC menambah, pihaknya akan terus bekerjasama dengan penyedia platform bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan garis panduan komuniti dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

"MCMC menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan semula kandungan berkenaan bagi mengelakkan penyebarannya terus meluas.

"Orang ramai boleh menyalurkan aduan melalui fungsi pelaporan pada platform Threads, Portal Aduan MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com