MCMC siasat individu kaitkan kematian pelajar lelaki Indonesia dengan kes Irene Sofiya
Satu unit telefon bimbit berserta kad SIM yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik kandungan berkenaan disita bagi membantu siasatan.

MCMC merakam percakapan seorang individu untuk membantu siasatan. MCMC.
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu berhubung penyebaran kandungan yang disyaki palsu melalui platform media sosial Facebook dengan mengaitkan dua insiden berasingan melibatkan kematian pelajar di Indonesia dan Malaysia.
Menurut MCMC, hantaran yang dimuat naik pada 5 Oktober itu didapati mengaitkan kematian seorang pelajar lelaki warganegara Indonesia berusia tujuh tahun, dengan kes kematian Irene Sofiya di Yong Peng, Johor.
"Kandungan tersebut turut mengaitkan kedua-dua insiden berkenaan dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap sistem persekolahan di Malaysia.
"Susulan itu, MCMC telah mengambil rakaman percakapan individu berkenaan, semalam, bagi membantu siasatan," jelasnya dalam kenyataan.
MCMC memberitahu, satu unit telefon bimbit berserta kad SIM yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik kandungan berkenaan disita bagi membantu siasatan.
Kes katanya, disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Jelasnya, MCMC memandang serius penyebaran kandungan palsu yang bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan perasaan dan sensitiviti keluarga serta rakan mangsa, khususnya apabila melibatkan kehilangan nyawa.
"MCMC menasihatkan orang ramai supaya memastikan kesahihan fakta dan sumber sebelum memuat naik atau berkongsi kandungan, di samping menghormati sensitiviti pihak yang terkesan dan menggunakan platform media sosial secara beretika serta bertanggungjawab," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


