The Step - Every Story Moves You

MCMC, penyedia platform e-dagang perkukuh perlindungan pengguna

Perbincangan turut mengambil kira maklum balas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor peruncitan mengenai kesan perkembangan e-dagang terhadap perniagaan mereka, termasuk implikasinya kepada industri kurier.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step7 Oktober 2026 pada 08:51 PTG2 min bacaanDikemas kini 7 Oktober 2026 pada 10:01 PTG
Sesi libat urus MCMC bersama penyedia platform e-dagang serta kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelaras langkah dan tindakan bersama memperkukuh perlindungan pengguna.

Sesi libat urus MCMC bersama penyedia platform e-dagang serta kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelaras langkah dan tindakan bersama memperkukuh perlindungan pengguna. MCMC.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform e-dagang serta kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelaras langkah dan tindakan bersama untuk memperkukuh perlindungan pengguna serta keselamatan ekosistem e-dagang negara.

Menurut MCMC, ia merupakan tindakan susulan terhadap kebimbangan awam berkaitan keselamatan pengguna dan pematuhan undang-undang dalam ekosistem e-dagang, selaras dengan penekanan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, mengenai keperluan memperkukuh kawal selia melalui kerjasama antara kementerian, agensi penguatkuasaan dan penyedia platform.

Jelasnya, selain aspek keselamatan dan perlindungan pengguna, sesi ini turut menekankan keperluan mewujudkan persekitaran perniagaan yang seimbang antara perniagaan dalam talian dan premis fizikal.

"Perbincangan turut mengambil kira maklum balas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta sektor peruncitan mengenai kesan perkembangan e-dagang terhadap perniagaan mereka, termasuk implikasinya kepada industri kurier.

"Ia memberi tumpuan kepada tanggungjawab platform untuk memperkukuh pengesahan identiti penjual dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan produk yang ditawarkan mematuhi keperluan undang-undang dan ketetapan agensi berkuasa berkaitan," jelasnya dalam kenyataan.

MCMC menambah, platform juga perlu meningkatkan pemantauan dan penggunaan teknologi bagi mengesan serta mengambil tindakan pantas terhadap penyenaraian barangan terlarang, berbahaya atau tidak mematuhi undang-undang.

Katanya, semua usaha ini adalah untuk memenuhi keperluan mekanisme kerjasama yang lebih tersusun antara platform dan agensi kerajaan, serta siasatan dan tindakan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan, mengikut bidang kuasa masing-masing dan tertakluk kepada undang-undang yang terpakai.

"MCMC akan meneruskan penyelarasan bersama kementerian, agensi kerajaan dan pihak industri bagi memastikan langkah susulan yang praktikal dalam memperkukuh perlindungan pengguna, pematuhan undang-undang dan akauntabiliti platform ke arah ekosistem e-dagang yang lebih selamat dan dipercayai," katanya.

Sesi libat urus itu antaranya dihadiri wakil daripada Grab, Lazada Malaysia/Alibaba, Facebook Marketplace, Pinduoduo, SHEIN, Shopee Malaysia dan TikTok Shop.

Hadir sama wakil daripada Kementerian Komunikasi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Suruhanjaya Tenaga (ST), SIRIM Berhad, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian serta Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF).

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com