Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
"Bapa merokok, anak merokok. Anak lawan cikgu, mak ayah pergi back up. Anak kena marah dengan cikgu, mak terus (buat laporan) SISPA (Sistem Pengurusan Aduan Awam)".

Dr Hannan Yusof
'PELAJAR-PELAJAR makin kurang ajar, makin tak dengar cakap bukan sebab cikgu tak kawal tetapi punca utama ialah ibu bapa'.
Itu pandangan Dr. Hannan Yusof, seorang bapa yang mengulas mengenai isu melibatkan anak-anak di sekolah.
Menurut beliau, masalah disiplin pelajar di sekolah, 99 peratus (%) berpunca daripada ibu bapa yang langsung tidak pernah nak tegur anak-anak sendiri.
"Bapa merokok, anak merokok. Anak lawan cikgu, mak ayah pergi back up. Anak kena marah dengan cikgu, mak terus (buat laporan) SISPA (Sistem Pengurusan Aduan Awam).
"Stop (hentikan) salahkan sekolah tak disiplinkan pelajar sebab cikgu tiada kuasa pun," jelasnya dalam hantaran di Facebook.
Beliau menegaskan, jika diletakkan pegawai polis sekali pun di dalam kelas, jika ibu bapa yang tak mahu berubah, makin banyak kes buli di sekolah.
"Soalan saya, sampai bila nak jadi macam ini wahai ibu bapa?" soalnya.
Beliau turut berkongsi cerita berdepan dengan seorang pelajar yang 'sangat kurang ajar' ketika memberikan ceramah motivasi di sebuah sekolah.
"Waktu saya tengah bercakap, ada seorang pelajar ini sangat kurang ajar. Bukan setakat tak nak dengar, siap nak main-main depan saya.
"Saya stop bercakap, saya suruh pelajar itu keluar dewan, mudah, tak boleh nak hormat majlis, sila keluar.
"Bila saya suruh dia keluar, satu dewan tiba-tiba senyap. Guru-guru semua muka ketakutan. Pengetua dah gelisah. Saya tak peduli. Saya berkeras pelajar itu kena keluar dewan atau saya yang pulang," jelasnya.
Beliau berkata, pelajar itu kemudian tenung mukanya seperti mahu bertumbuk dan salah seorang guru bertindak menariknya keluar dewan.
"Usai ucapan saya, pengetua datang berbisik mengatakan pelajar itu masalah besar buat sekolah.
"Bapa dia gengster. Pernah datang sekolah mengamuk dekat cikgu sebab tegur anak dia. Bapa dia pernah tunggu depan pagar sekolah dengan parang.
"Tetapi itulah yang berlaku di Malaysia. Punca utama ialah ibu bapa," katanya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG

Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
The Step · 26 September 2026 pada 04:27 PTG



