Manipulasi ucapan di Parlimen, Fadhlina keluar notis tuntutan
Rakaman tersebut jelasnya, telah diambil di luar konteks asal dan digunakan semula seolah-olah merujuk kepada insiden keselamatan serta kematian murid di sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan notis tuntutan terhadap seorang individu susulan penyebaran video yang didakwa telah memanipulasi rakaman ucapannya di Parlimen.
Menurut Fadhlina, satu video telah disiarkan pada 6 Oktober lalu menggunakan rakaman suaranya ketika berucap mengenai Minggu Solidariti Palestin di Parlimen sekitar 2023.
Rakaman tersebut jelasnya, telah diambil di luar konteks asal dan digunakan semula seolah-olah merujuk kepada insiden keselamatan serta kematian murid di sekolah.

"Kebebasan bersuara merupakan hak yang mesti dihormati. Namun, kebebasan tersebut turut menuntut tanggungjawab terhadap kebenaran dan fakta.
"Saya sentiasa terbuka menerima kritikan terhadap dasar dan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM).
"Perbezaan pandangan merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi yang sihat," jelasnya.
Namun begitu tegas beliau, terdapat perbezaan yang jelas antara mengkritik sesuatu keputusan dengan mengambil kenyataan di luar konteks sehingga memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat.
Pihaknya percaya kebebasan bersuara dan perlindungan terhadap reputasi seseorang perlu berjalan seiring.
"Kedua-duanya mempunyai tempat dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang.
"Kritikan harus terus diraikan. Manipulasi fakta tidak boleh dibiarkan," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


