Mak Kepit jaga telur penyu, tidak perlu dipungut
Pantai Mak Kepit sepanjang kira-kira 150 meter merupakan antara lokasi utama pendaratan penyu di Pulau Redang

Pantai Mak Kepit sepanjang kira-kira 150 meter merupakan antara lokasi utama pendaratan penyu di Pulau Redang. — Facebook: Dr Azman Ibrahim
Tidak semua telur penyu yang ditemui di pantai akan dipungut untuk ditetaskan di santuari, sebaliknya ada lokasi yang membolehkan telur berkenaan dibiarkan menetas secara semula jadi.
Pantai Mak Kepit di Pulau Redang, Terengganu antara lokasi berkenaan apabila telur penyu yang ditanam di kawasan pantai itu tidak dipindahkan, sebaliknya dibiarkan sehingga menetas sebelum anak penyu kembali ke laut secara semula jadi.
Exco Pertanian Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, Pantai Mak Kepit sepanjang kira-kira 150 meter merupakan antara lokasi utama pendaratan penyu di Pulau Redang.
Menurutnya, kawasan itu merekodkan purata kira-kira 1,200 pendaratan penyu, terutama spesies penyu agar, setiap tahun antara Mac hingga Oktober.
“Seekor penyu agar biasanya menghasilkan antara 120 hingga 150 biji telur bagi setiap pendaratan.
“Telur penyu mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menetas, manakala suhu pasir turut mempengaruhi jantina anak penyu yang bakal menetas,” katanya.
Azman berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook.
Beliau berkata, keistimewaan Pantai Mak Kepit ialah telur penyu tidak dipungut kerana kawasan berkenaan membolehkan pantai dipantau dan dijaga sepanjang masa.
“Lokasi yang strategik di Pantai Mak Kepit membolehkan kawasan pantai ini dijaga 24 jam.
“Namun, apabila penyu mendarat di pantai awam yang sangat panjang dan luas, adalah sangat sukar untuk kawasan itu dijaga sepanjang masa.
“Kerana itulah telur perlu dipungut dan ditetaskan di santuari penyu,” katanya.
Dr Azman berkata, kaedah pemindahan telur ke santuari bukan bermaksud semua telur penyu perlu dipungut, sebaliknya ia bergantung kepada keadaan dan tahap perlindungan di lokasi pendaratan
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Masih makan telur penyu? 2 juta pernah dikutip setahun
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 08:36 PTG

“Mana jabatan perikanan, tak pantau ke?” – Netizen
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 04:45 PTG

‘Umur baru 8 tahun, buat tabung nak jumpa saya’... Zizan Razak terharu
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 01:21 PTG

Penyu belimbing kembali mendarat, bertelur kali ketiga di Pantai Terengganu
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 11:39 PG
Berita berkaitan
.jpeg&w=3840&q=75)
652 penjawat awam terima ganjaran RM1.18 juta
Metra Syahril Mohamed · 23 September 2026 pada 09:36 PG

“Mana jabatan perikanan, tak pantau ke?” – Netizen
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 04:45 PTG

Longkang jadi tempat persembunyian, dua warga asing tetap dicekup
The Step · 22 September 2026 pada 03:51 PTG


