Lori treler muatan simen terbakar di Jalan Gerik–Jeli
Pasukan bomba tiba pada jam 6.37 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan bahagian treler lori berkenaan, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Pasukan bomba tiba pada jam 6.37 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan bahagian treler lori berkenaan, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat. Foto: Bomba Perak Official
SEBANYAK 40 peratus bahagian treler sebuah lori jenis Volvo yang membawa muatan simen terbakar dalam kejadian di Jalan Gerik–Jeli, Gerik, Perak, sebelum Kampung Air Banun, awal pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.40 pagi.
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 57 kilometer dari balai berkenaan.
Pasukan bomba tiba pada jam 6.37 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan bahagian treler lori berkenaan, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran hos dengan dua pancutan air serta buih pemadam.
Bekalan air diperoleh daripada tangki jentera dan sumber air terbuka dari longkang berhampiran.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.55 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.20 pagi.
Operasi berkenaan diketuai Pegawai Bomba Kanan I Mohd Fairuz Noordin dengan bantuan 10 anggota menggunakan jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan Hilux.
Menurut JBPM Negeri Perak, pihaknya sentiasa komited memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang pantas, cekap serta profesional demi memastikan keselamatan masyarakat.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


