EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Lima tahun menunggu, Policy Paper KWSP Bersasar tembusi pejabat PM

Bagi PGIRM, penyerahan tersebut merupakan satu titik penting dalam perjuangan panjang membawa suara pencarum yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

The Step14 September 2026 pada 10:47 PGDikemas kini 14 September 2026 pada 11:04 PG
Wakil PGIRM dan PPIM menyerahkan Policy Paper KWSP Bersasar kepada Pejabat Ketua Setiausaha Sulit (KSS) kepada Perdana Menteri.

SETELAH hampir lima tahun memperjuangkan isu akses bersasar kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima jemputan khas dan hadir ke Pejabat Ketua Setiausaha Sulit (KSS) kepada Perdana Menteri untuk menyerahkan Policy Paper KWSP Bersasar.

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, selain Policy Paper untuk Pejabat Perdana Menteri, pihak KSS turut dimaklumkan akan memanjangkan Policy Paper berkaitan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dan KWSP untuk perhatian serta penilaian lanjut.

Katanya, bagi PGIRM, penyerahan tersebut merupakan satu titik penting dalam perjuangan panjang membawa suara pencarum yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

"Policy Paper tersebut berasaskan pandangan dan maklum balas 5,150 pencarum yang mengambil bahagian dalam kajian PGIRM.

"Sebanyak 92.7 peratus (%) responden bersetuju supaya kerajaan mengkaji satu mekanisme akses bersasar kepada simpanan KWSP bagi pencarum yang benar-benar berada dalam keadaan kritikal.

"Sebanyak 5,000 daripada 5,150 pencarum, bersamaan 97.1%, bersetuju supaya cadangan yang diperbaiki berdasarkan pandangan pencarum dibawa kepada Kerajaan dan KWSP untuk pertimbangan," katanya.

Azmi memberitahu, PGIRM menegaskan bahawa cadangan KWSP Bersasar ini bukan pengeluaran bebas.

Ia katanya, dicadangkan sebagai mekanisme yang bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal , khusus untuk membantu pencarum yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

"PGIRM turut mengemukakan cadangan mekanisme pemulihan semula simpanan yang dikeluarkan.

"Dengan mekanisme ini, pengeluaran bersasar bukan bermaksud pencarum mengambil simpanan dan tidak memikirkan semula masa depan persaraan.

"Sebaliknya, simpanan boleh dibina semula secara berperingkat," jelasnya.

PGIRM katanya, melihat perkara ini sebagai salah satu jawapan kepada persoalan yang pernah dibangkitkan oleh pihak KWSP sebelum ini - jika simpanan dikeluarkan, bagaimana pencarum mahu membina semula simpanan tersebut?

"Bagi PGIRM, jika ada persoalan, mesti ada mekanisme. Kami tidak datang dengan alasan. Kami datang dengan cadangan.

"PGIRM menghargai ruang yang telah diberikan untuk Policy Paper ini diserahkan kepada KSS dan seterusnya dipanjangkan kepada pihak berkaitan," katanya.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan