The Step - Every Story Moves You

Lima rakyat Malaysia ditahan bersama 5kg dadah, JSJN hantar pasukan siasatan ke Jepun

JSJN akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Jepun dalam perkongsian maklumat dan risikan bagi mengenal pasti punca bekalan dadah diperoleh termasuk ahli sindiket yang terlibat serta sindiket rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step14 Oktober 2026 pada 12:14 PTG1 min bacaanDikemas kini 14 Oktober 2026 pada 05:22 PTG
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun susulan penahanan dua lelaki dan tiga wanita warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo, Sabtu lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia selepas pihak kastam negara itu menemukan dadah jenis kokain seberat lima kilogram (kg) tersembunyi di dalam pelapik kasut yang dipakai kesemua suspek.

Jelas beliau, hasil semakan JSJN terhadap rekod perjalanan mendapati, seramai enam warganegara Malaysia telah berlepas bersama dari KLIA Terminal 2 ke Lapangan Terbang Haneda pada 9 Oktober bagi tujuan melancong.

"Pada 10 Oktober, lima daripada mereka ditahan oleh pihak berkuasa Jepun manakala seorang lagi tidak ditahan sebaliknya dihantar pulang ke Malaysia.

"JSJN juga mengenal pasti kesemua suspek yang ditahan termasuk individu yang telah pulang ke Malaysia berusia lingkungan 19 hingga 26 tahun. Kesemuanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau," jelasnya dalam kenyataan.

Hussein memberitahu, susulan penahanan tersebut, JSJN akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun bagi menjalankan siasatan lanjut dalam kes itu.

JSJN juga katanya, akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Jepun dalam perkongsian maklumat dan risikan bagi mengenal pasti punca bekalan dadah diperoleh termasuk ahli sindiket yang terlibat serta sindiket rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa.

Pihaknya menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pelawaan untuk bercuti, khususnya jika diminta membawa beg atau barangan milik orang lain ke luar negara.

"Jangan menerima atau membawa barangan yang tidak diketahui kandungannya. Elakkan diri daripada dipergunakan sebagai keldai dadah," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com