Lelaki ditahan lakukan perbuatan tak senonoh terhadap kucing
Polis juga masih menyiasat status suspek yang didakwa mempunyai masalah mental. Buat masa ini kami belum dapat pengesahan daripada pihak doktor dan kad perubatannya.

Seorang lelaki ditahan susulan dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kucing.
SEORANG lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor kucing di kediamannya.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis, kelmarin, berhubung penularan video di platform media sosial memaparkan perbuatan tidak senonoh tersebut.
"Susulan laporan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota polis telah menjalankan siasatan dan seorang lelaki ditangkap bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," jelasnya dalam kenyataan.
Saari memberitahu, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti fakta sebenar serta melengkapkan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Terdahulu sepasukan anggota polis bersama pencinta haiwan mengambil beberapa kucing dari kediaman keluarga suspek.
Jelas Saari, tindakan itu bagi menjamin keselamatan haiwan berkenaan susulan suspek ditahan pada pukul 10 pagi semalam.
"Polis juga masih menyiasat status suspek yang didakwa mempunyai masalah mental. Buat masa ini kami belum dapat pengesahan daripada pihak doktor dan kad perubatannya.
"Untuk menyelamatkan kucing daripada gangguan, kami ambil tindakan pindahkan kucing-kucing ini ke pusat penjagaan," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


