Kod QR dikenakan caj perkhidmatan? MoF tegaskan ia palsu
Menurut MoF, tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.

Poster yang tular mengenai caj perkhidmatan terhadap QR.
KEMENTERIAN Kewangan (MoF) menegaskan poster yang mendakwa kod respons pantas (QR) akan dikenakan caj perkhidmatan bermula 1 November ini adalah palsu.
Menurut MoF, tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa QR memulakan caj perkhidmatan pada 1 November 2026 kerana maklumat tersebut adalah palsu.
"Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan caj bagi QR seperti yang didakwa dalam poster berkenaan," jelasnya dalam hantaran di Facebook.
MoF memberitahu, orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


