Kes kematian pelajar: Jabatan Pendidikan jalankan semakan aspek pengurusan, keselamatan murid
Terdahulu mangsa yang berusia 14 tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
JABATAN Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) sedang menjalankan semakan terhadap aspek pengurusan, pengawasan dan keselamatan murid di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah susulan kes kematian seorang pelajar tingkatan dua di sekolah berkenaan.
Menurut jabatan itu, sekiranya hasil siasatan mendapati wujud sebarang salah laku atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil.
"Tiada mana-mana pihak akan dilindungi," tegas jabatan itu dalam kenyataan.
Jabatan itu menambah, keutamaan pihaknya ketika ini adalah keluarga Allahyarham.
Khidmat kaunseling katanya, turut disediakan kepada murid-murid yang terkesan dengan kejadian ini.
Jelasnya, siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak polis dan JPNS memberikan kerjasama sepenuhnya.
"Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seorang murid yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah malam tadi.
"Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan yang amat berat ini," katanya.
Dalam pada itu JPNS meminta semua pihak menghormati keluarga Allahyarham serta mengelakkan spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan sementara siasatan masih berjalan.
Terdahulu mangsa yang berusia 14 tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan.
Allahyarham dipercayai menjadi mangsa buli.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG

Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
The Step · 26 September 2026 pada 04:27 PTG


