Kes bunuh pelajar perempuan: Mangsa alami kecederaan di kepala, badan
Pada kira-kira 5.50 petang semalam, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang menyatakan telah menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dalam dewan di sekolah berkenaan.

Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan tidak bernyawa di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, semalam. Media sosial.
MANGSA kes bunuh, iaitu seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, mengalami kecederaan di beberapa bahagian di kepala serta badan, kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, petang semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahman Arsad berkata, susulan itu sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menangkap suspek di sekitar Yong Peng, kira-kira pukul 7 malam, hari yang sama.

Jelasnya, suspek merupakan remaja lelaki berusia 16 tahun dan pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan selipar daripada suspek.
"Pada kira-kira 5.50 petang semalam, kita menerima maklumat daripada orang awam yang menyatakan telah menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dalam dewan di sekolah berkenaan.
"Proses bedah siasat dijalankan hari ini di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat," jelasnya dalam kenyataan.
Ab Rahman memberitahu, semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan telah dibawa ke hadapan Majistret Mahkamah Batu Pahat untuk reman.
Majistret jelasnya, membenarkan suspek ditahan selama enam hari sehingga 9 Oktober ini bagi membantu siasatan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
"Buat masa ini motif dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


