Kertas siasatan video tular Ketua Pengarah AKPS dirujuk ke AGC
Siasatan berhubung insiden tersebut sedang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.
KERTAS siasatan berhubung insiden melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), esok.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, ia bagi penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya daripada pihak AGC, selaras dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, pihaknya mengesahkan telah menerima laporan daripada dua anggota polis berhubung dakwaan mereka telah dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah AKPS itu.
"Siasatan berhubung insiden tersebut sedang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau memberitahu, setakat ini seramai 25 orang saksi telah dirakam percakapan.
Ia katanya, terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas.
"PDRM memberi jaminan siasatan dilaksanakan secaar telus, profesional dan tanpa memihak, berasaskan keterangan saksi serta bukti yang diperoleh.
"Ini bagi memastikan setiap aspek kejadian diteliti secara menyeluruh," katanya.
Beliau turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan dan perundangan yang sedang berjalan.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


