The Step - Every Story Moves You

Kerajaan teliti hala tuju operasi pejabat UNHCR di Malaysia

Semua pemegang kad UNHCR adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step6 Oktober 2026 pada 07:42 PG2 min bacaanDikemas kini 7 Oktober 2026 pada 08:44 PG
Kehadiran dan operasi UNHCR di Malaysia tidak mengubah pendirian Malaysia sebagai bukan Negara Pihak kepada konvensyen tersebut.

Kehadiran dan operasi UNHCR di Malaysia tidak mengubah pendirian Malaysia sebagai bukan Negara Pihak kepada konvensyen tersebut.

KERAJAAN sedang meneliti hala tuju operasi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia memandangkan badan dunia itu hanya mempunyai mandat menyediakan perlindungan dan bantuan kepada golongan pelarian.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia sering pengukuhan mekanisme Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang dilaksanakan kerajaan selaras dengan Arahan MKN No. 23.

Jelas beliau, penelitian haal tuju itu termasuk skop peranan dan fungis UNHCR supaya selaras dengan pelaksanaan DPP dan mekanisme nasional yang diterajui kerajaan.

"Dalam konteks pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia, fungsi UNHCR merangkumi antaranya pendaftaran dan dokumentasi, penentuan status pelarian serta penempatan semula ke negara ketiga.

"Semua pemegang kad UNHCR adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

"Selaras dengan Arahan MKN No. 23, kerajaan sedang melaksanakan program DPP sebagai satu mekanisme bagi memperkukuh pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia, termasuk dari aspek penyelarasan data, pengesahan identiti, pemantauan dan kawal selia, tanpa bergantung sepenuhnya kepada rekod mana-mana entiti asing," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai asas perundangan dan ketetapan kerajaan yang membolehkan UNHCR beroperasi di Malaysia walaupun Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Mohamad memberitahu, dalam jangka panjang, hala tuju tersebut turut mengambil kira pengurangan kebergantungan kepada UNHCR secara berperingkat, selaras dengan peningkatan keupayaan kerajaan untuk mengambil alih pengurusan pelarian dan pemohon suaka.

Beliau turut menegaskan Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Namun katanya, atas dasar kemanusiaan, kerajaan telah membenarkan golongan pelarian dan pemohon suaka berada secara sementara di dalam negara sehinggalah golongan ini ditempatkan ke negara ketiga atau kembali ke negara asal.

"Pejabat UNHCR telah beroperasi di Malaysia sejak 1975. Kehadiran dan operasi UNHCR di Malaysia tidak mengubah pendirian Malaysia sebagai bukan Negara Pihak kepada K=konvensyen tersebut.

"Dalam hal ini, dasar dan mekanisme kerajaan berhubung pengurusan pelarian dan pemohon suaka adalah berlandaskan Arahan MKN No. 23 (Semakan 2023).

"Arahan MKN No. 23 yang komprehensif ini antara lain bertujuan untuk menetapkan fungsi dan peranan setiap kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia," jelasnya.

Beliau menambah, dalam melaksanakan Arahan MKN No. 23 tersebut, Kementerian Luar Negeri berperanan sebagai agensi penyelaras utama hubungan Kerajaan Malaysia dengan UNHCR serta masyarakat antarabangsa yang terlibat dalam isu pelarian dan pemohon suaka.

Katanya, setiap bentuk libat urus dan kerjasama dengan UNHCR dilaksanakan selaras dengan dasar, undang-undang dan mekanisme nasional yang ditetapkan.

"Berhubung mandat UNHCR, ia hanya mempunyai mandat untuk menyediakan perlindungan dan bantuan kepada pelarian sahaja," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com