The Step - Every Story Moves You

Kemalangan libatkan 12 kenderaan: Pemandu lori ditahan, positif dadah

Ujian pernafasan bagi mengesan kadar alkohol dan ujian air kencing telah dijalankan ke atas pemandu lori terbabit dan didapati positif dadah.

TS
Oleh The StepPengarang Berita10 Oktober 2026 pada 08:49 PG1 min bacaanDikemas kini 10 Oktober 2026 pada 07:52 PTG
Keadaan kemalangan yang berlaku di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam, petang semalam.

Keadaan kemalangan yang berlaku di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam, petang semalam. Media sosial.

POLIS menahan seorang pemandu lori bagi siasatan lanjut susulan kejadian kemalangan melibatkan 12 kenderaan di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, lelaki berusia 51 tahun itu mendakwa mengalami masalah brek lalu hilang kawalan semasa menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam.

Walau bagaimanapun jelasnya, ujian pernafasan bagi mengesan kadar alkohol dan ujian air kencing telah dijalankan ke atas pemandu lori terbabit dan didapati positif dadah.

"Kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang mendakwa mengalami masalah brek lalu hilang kawalan semasa menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam.

"Lori dipandunya terbabas ke arah bertentangan dan melanggar 11 buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat," jelasnya dalam kenyataan.

Sarudin memberitahu, kemalangan itu telah mengakibatkan seorang pemandu SUV jenis Subaru XV iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun mengalami cedera parah di bahagian kepala dan sedang di rawat di zon merah Hospital UiTM Puncak Alam.

Jelas beliau, isteri mangsa yang berada di kerusi penumpang hadapan bersama cucu berusia 17 tahun juga di rawat di hospital yang sama tetapi berada dalam keadaan stabil.

"Seorang lagi pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan di badan berada dalam keadaan stabil turut di rawat di hospital sama," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1A) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mana-mana individu atau orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan ini bolehlah tampil ke ke hadapan untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com