Keadaan fizikal Kelat susut mendadak, Neow gesa pemeriksaan kesihatan segera
Kebajikan haiwan tidak boleh dikompromi atas alasan diplomatik dan birokrasi

Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN
Keadaan fizikal gajah jantan, Kelat yang dilaporkan susut secara mendadak selepas dipindahkan ke Zoo Tennoji, Jepun, pada 11 Mac lalu menimbulkan kebimbangan terhadap kebajikan haiwan berkenaan.
Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN, Neow Choo Seong berkata, rakyat Malaysia terus mengikuti perkembangan Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dengan penuh harapan agar kebajikan ketiga-tiga gajah berkenaan sentiasa terpelihara.
Menurutnya, hampir tiga bulan selepas beliau menamatkan Larian Solo Solidariti Bersama DAK sejauh 250 kilometer pada 22 Jun lalu, laporan terbaru mengenai keadaan fizikal Kelat yang susut secara mendadak amat membimbangkan.
Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melaksanakan pemeriksaan kesihatan mandatori secara menyeluruh terhadap Dara, Amoi dan Kelat dengan kadar segera.
“Satu pasukan veterinar bebas Malaysia perlu dihantar ke Zoo Tennoji dalam tempoh 14 hari untuk melakukan pemeriksaan fizikal secara terus, tanpa sekatan.
“Penilaian terhadap berat badan, keadaan tubuh, kulit, mata, kaki dan kuku perlu dilakukan untuk mengesahkan dakwaan bahawa Kelat semakin kurus berbanding pertama kali dibawa dari Malaysia,” katanya dalam hantaran di Instagramnya, baru-baru ini.
Neow turut mencadangkan supaya ujian darah lengkap, paras hormon kortisol bagi mengukur tahap tekanan serta ujian parasit dilakukan terhadap ketiga-tiga gajah berkenaan.
Katanya, pemeriksaan itu penting bagi menjawab persoalan sama ada musth yang didakwa dialami Kelat adalah musth sebenar atau sebenarnya simptom penyakit dan stres kronik.
“Kebajikan haiwan tidak boleh dikompromi atas alasan diplomatik dan birokrasi.
“DAK adalah khazanah negara. Tempat mereka bukanlah dalam kandang sempit, dibiarkan kurus dan hidup tertekan.
“Kegagalan untuk bertindak segera dianggap sebagai pengkhianatan terhadap amanah kebajikan haiwan,” katanya.
Dara, Amoi dan Kelat dipindahkan ke Zoo Tennoji pada 11 Mac 2026.
Dalam pada itu, Neow sebelum ini menamatkan Larian Solo Solidariti Bersama DAK sejauh 250 kilometer pada 22 Jun 2026 sebagai usaha memupuk kesedaran orang ramai terhadap nasib ketiga-tiga gajah berkenaan.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Yasin Sulaiman rakam vokal ‘Yang Tinggal’ dalam hospital… Kolaborasi dengan Malique, Zizi Kirana
Deel Anjer · 19 September 2026 pada 01:44 PTG

'Saya dengan Yusuf memang sudah tidak berhubung'.. Silaturahim dengan keluarga bekas mentua tetap utuh
Deel Anjer · 19 September 2026 pada 01:05 PTG

Pas sambut baik hasrat UMNO adakan rundingan terus
Deel Anjer · 18 September 2026 pada 02:12 PTG

‘Artis boleh pula rambut berwarna, rakyat biasa kena hitamkan balik?’ Netizen persoal syarat gambar MyKad JPN
Deel Anjer · 18 September 2026 pada 08:37 PG
Berita berkaitan

Pengampunan bersyarat, Najib jalani tahanan rumah jika bayar denda RM50 juta
The Step · 18 September 2026 pada 01:06 PTG

‘Artis boleh pula rambut berwarna, rakyat biasa kena hitamkan balik?’ Netizen persoal syarat gambar MyKad JPN
Deel Anjer · 18 September 2026 pada 08:37 PG

Menjelang Belanjawan 2027: Perangkap gaji di Malaysia
The Step · 18 September 2026 pada 08:00 PG

Kerajaan perluas tahap perlindungan subsidi elektrik dari 600 kWj kepada 800 kWj
Metra Syahril Mohamed · 17 September 2026 pada 09:11 PTG

