'Kalau dah nikah, wajiblah hebahkan, jangan sampai timbul fitnah'
"Sebab itu kita melihat perkara ini bukan semata-mata tentang siapa yang melakukannya, tetapi tentang perbuatan itu sendiri. Lebih penting, apakah hukum serta kesannya apabila perkara seperti ini ditayangkan kepada masyarakat?" soalnya.

PENDAKWAH bebas, Ustazah Asma' Harun membuat teguran mengenai sikap mereka yang 'dipersoalkan' sama ada sudah bernikah atau belum, tetapi berterusan membuat konten 'menayangkan' kemesraan kepada khalayak.
Menurut beliau, jika seseorang itu sudah bernikah maka wajib dihebahkan dan jangan sehingga menimbulkan fitnah.
"Kalau belum nikah, berhentilah buat konten seperti ini.
"Apabila diri sendiri memilih untuk menayangkan kemesraan kepada khalayak, maka perlu bersedia apabila masyarakat mula bertanya, menegur dan membuat pelbagai andaian.
"Jika benar belum nikah, dah tahap wajib nikah segera ni. Kita mengharapkan ia bukan semata-mata konten untuk melariskan jualan, hingga sanggup jatuhkan maruah sebagai Muslim," tegur beliau dalam hantaran di Facebook.
Beliau menambah, benar teguran bukan lesen untuk menghina atau menjadi bahan cacian dan jangan kerana kesalahan orang lain, kita pula berbuat salah.
"Namun, apabila situasi ini bukan lagi dalam kategori aib yang tersembunyi, ia dirakam dan ditayang secara terbuka, maka seolah-olahnya sengaja mengundang kecaman netizen.
"Sebab itu kita melihat perkara ini bukan semata-mata tentang siapa yang melakukannya, tetapi tentang perbuatan itu sendiri. Lebih penting, apakah hukum serta kesannya apabila perkara seperti ini ditayangkan kepada masyarakat?" soalnya.
Beliau turut menegur mengenai antara 'alasan' diberikan iaitu 'berlapik, bukan sentuh kulit'.
Persoalannya tegas beliau, adakah apabila berlapik, maka lelaki dan perempuan yang bukan mahram bebas untuk bersentuhan?
"Jawapannya, tidak.
"Perlu difahami asasnya, hukum asal menyentuh antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram, sama ada tanpa lapik atau dengan lapik, selagi ia dilakukan secara sengaja dan bukan kerana darurat yang diiktiraf syarak.
"Larangan ini tidak bergantung kepada wujud syahwat atau tidak, tetapi kerana ia membuka pintu fitnah dan merosakkan batas pergaulan," katanya.
Ustazah Asma' menambah, teguran ini bukan kerana membenci sesiapa dan jangan pula jadikannya sebagai lesen untuk menghina sesiapapun.
"Kita menegur perbuatan dan membincangkan hukum. Nasihat ini sebenarnya untuk kita semua.
"Kalau sudah bernikah, hebahkanlah supaya tertutup pintu fitnah, kalau belum halal, jagalah batas.
"Jangan sampai kerana satu konten yang hanya beberapa saat, kita membuka sesuatu yang kesannya jauh lebih panjang daripada itu," tegasnya.
Tentang Penulis

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Dari Penulis

Pertemuan Anwar, Putin: Nilai kemajuan hubungan Malaysia-Russia
Metra Syahril Mohamed · 12 September 2026 pada 08:30 PG

MCMC tidak terlibat manipulasi sentimen politik
Metra Syahril Mohamed · 11 September 2026 pada 10:54 PTG
Berita berkaitan

Empat kawasan di Sarawak catat bacaan API tahap sangat tidak sihat
Danial Adam · 8 September 2026 pada 10:04 PTG

Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat Menteri Kesihatan ASEAN Ke-17 Di Kuala Lumpur
Danial Adam · 7 September 2026 pada 04:00 PTG

Lebih 1,500 Anak Pekerja Migran Indonesia Di Malaysia Terima Pengesahan Kerakyanaan
Danial Adam · 5 September 2026 pada 04:00 PTG

Jerebu di Sarawak catat bacaan API pada tahap berbahaya
Danial Adam · 4 September 2026 pada 11:30 PG


