The Step - Every Story Moves You

JPJ gantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5

Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen (part number), kelompok pengeluaran (production batch), nombor casis (Vehicle Identification Number - VIN) serta parameter teknikal berkaitan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita11 Oktober 2026 pada 01:15 PTG1 min bacaanDikemas kini 12 Oktober 2026 pada 12:18 PTG
Insiden tular di Johor Bahru melibatkan kenderaan jenis Chery.

Insiden tular di Johor Bahru melibatkan kenderaan jenis Chery. Media. sosial.

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval - VTA) yang berkaitan, sekali gus menangguhkan pendaftaran baharu Chery Omoda 5 susulan insiden tular melibatkan kenderaan itu di Johor Bahru, minggu lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ia sebagai langkah pencegahan awal dan dilakukan sehingga siasatan teknikal selesai selain risiko keselamatan dapat dikenal pasti.

Menurut beliau, tindakan itu dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian yang berpotensi terlibat.

Dalam masa sama jelasnya, Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen (part number), kelompok pengeluaran (production batch), nombor casis (Vehicle Identification Number - VIN) serta parameter teknikal berkaitan.

"Pelaksanaan pemanggilan semula hendaklah dibuat terhadap semua kenderaan yang dikenal pasti berisiko bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan pembetulan sewajarnya," jelasnya dalam kenyataan.

Aedy Fadly berkata, pihaknya juga akan melaksanakan audit teknikal terhadap proses pengeluaran dan pemasangan (production line) Chery Omoda 5 dan pembekal komponen gandar berkaitan.

Ia juga katanya, merangkumi pematuhan amalan pengilangan yang baik (Good Manufacturing Practice - GMP), sistem kawalan kualiti, prosedur pemeriksaan sambungan kimpalan serta tahap keselamatan komponen yang digunakan.

"Jabatan ingin menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

"Pengeluar bertanggungjawab memastikan setiap kenderaan yang dipasarkan memenuhi piawaian keselamatan dan keperluan teknikal yang ditetapkan," katanya.

Beliau menambah, penggantungan ini hanya akan ditarik balik setelah semua tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan sepenuhnya serta mendapat pengesahan teknikal daripada JPJ bahawa segala risiko keselamatan telah ditangani dengan sewajarnya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com