JPJ gantung perkhidmatan MYEG, Zetrix sebagai ejen kutipan
Selaras dengan keputusan itu jelasnya, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Oktober.

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung perkhidmatan My E.G. Sdn. Bhd. dan Zetrix Al Berhad, di bawah Kumpulan MYEG, sebagai Ejen Pemungut bagi pihak JPJ berkuat kuasa 5 Oktober ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kepatuhan terhadap terma dan syarat perjanjian serta tanggungjawab yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat berkenaan.
Selaras dengan keputusan itu jelasnya, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Oktober.
"JPJ memberi jaminan bahawa urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau memberitahu, tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang telah dibuat melalui saluran MYEG sebelum tarikh kuat kuasa, iaitu 5 Oktober, masih dibenarkan dan boleh diteruskan seperti biasa.
Katanya, bagi tempahan baharu yang dibuat mulai 5 Oktober, urusan tempahan dan pelaksanaan ujian hendaklah dibuat melalui Pusat Ujian KPP yang disediakan di Institut Memandu di seluruh Malaysia.
"Bagi pembayaran saman melibatkan bukan warganegara Malaysia di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura, kemudahan pembayaran akan disediakan melalui Unit Mobile JPJ yang ditempatkan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam.
"JPJ menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi yang disediakan bagi memastikan setiap urus niaga dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.
"JPJ kekal komited untuk memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan setiap urusan dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


