Jerebu: Sekolah, institusi pendidikan di Johor tutup lima hari lagi sehingga Jumaat
Penelitian terhadap perkembangan serta laporan kesihatan berkaitan kesan pencemaran udara, khususnya risiko gangguan pernafasan dalam kalangan kanak-kanak, murid dan warga pendidikan yang lebih terdedah kepada kesan jerebu.


Penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor dilanjutkan selama lima hari, bermula 12 sehingga 16 Oktober ini.
TEMPOH penutupan semua sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Johor dilanjutkan selama lima hari, bermula 12 sehingga 16 Oktober ini.
Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali setelah mengambil kira pelbagai faktor serta meneliti perkembangan semasa pencemaran udara akibat jerebu yang masih melanda negeri tersebut.
Menurut beliau, keputusan pelanjutan tempoh penutupan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor utama berdasarkan penilaian situasi semasa, antaranya jangkaan pergerakan angin dari arah Kalimantan bagi tempoh 13 hingga 15 Oktober yang berpotensi membawa pencemaran udara rentas sempadan, sekali gus mempengaruhi tahap kualiti udara di Johor.
Selain itu jelasnya, risiko peningkatan dan pengumpulan kepekatan partikel halus dalam atmosfera, khususnya bahan pencemar yang boleh menjejaskan sistem pernafasan serta memberikan kesan terhadap kesihatan murid dan golongan berisiko.
"Faktor pergerakan udara yang perlahan serta keadaan atmosfera yang kurang membantu penyebaran bahan pencemar, sekali gus berpotensi menyebabkan jerebu berlarutan untuk tempoh yang lebih panjang.
"Bacaan IPU yang dilaporkan berada sekitar 170 hingga 180 tanpa menunjukkan perubahan yang ketara, sekali gus memberikan gambaran bahawa tahap kualiti udara masih berada dalam kategori tidak sihat dan memerlukan pemantauan berterusan," jelasnya.
Beliau menambah, penelitian terhadap perkembangan serta laporan kesihatan berkaitan kesan pencemaran udara, khususnya risiko gangguan pernafasan dalam kalangan kanak-kanak, murid dan warga pendidikan yang lebih terdedah kepada kesan jerebu.
Kerajaan negeri katanya, berpandangan bahawa langkah pencegahan awal perlu diberikan keutamaan bagi mengurangkan risiko pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar.
Katanya, keputusan itu turut mengambil kira keperluan memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif sebelum sesi persekolahan secara bersemuka dapat diteruskan.
"Bagi sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan pentaksiran atau penilaian akademik sepanjang tempoh berkenaan, segala urusan berkaitan akan ditangguhkan dan dijadualkan semula berdasarkan ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta pihak berkuasa pendidikan yang berkaitan.
"Dalam masa yang sama, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan mengikut kesesuaian bagi memastikan kesinambungan proses pembelajaran murid tidak terjejas," jelasnya.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


