The Step - Every Story Moves You

Jerebu di Sarawak catat bacaan API pada tahap berbahaya

Serian mencatat bacaan 517 pada tengah hari semalam, manakala beberapa daerah lain turut berada pada tahap sangat tidak sihat.

Danial Adam
Oleh Danial AdamWartawan4 September 2026 pada 11:30 PG1 min bacaanDikemas kini 14 September 2026 pada 09:33 PTG
Langit berjerebu di bandar

Langit berjerebu di bandar

KUCHING: Kualiti udara di beberapa daerah Sarawak merosot ke tahap berbahaya, dengan Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) setinggi 517 pada pukul 11 pagi, 4 September.

Kuching turut mencatatkan bacaan 310, manakala Samarahan dan Sri Aman masing-masing merekodkan 281 dan 239, kedua-duanya berada pada tahap sangat tidak sihat.

Bacaan tidak sihat turut dilaporkan di beberapa lokasi lain di Sarawak, Sabah dan Johor berikutan jerebu rentas sempadan.

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai mengehadkan aktiviti luar apabila bacaan API melebihi 100, dan menggalakkan penggunaan pelitup muka N95 yang sesuai apabila perlu.

Golongan yang mempunyai masalah pernafasan atau jantung dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dan segera mendapatkan rawatan jika gejala sedia ada bertambah teruk.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Danial AdamWartawan, The Step | 37 siaran

Penulis merupakan pengamal dan pemerhati bidang teknologi serta perniagaan, dengan fokus kepada penulisan analitikal berkaitan transformasi digital, infrastruktur moden, dan ekosistem komersial semasa. Berpengalaman menterjemah kerumitan landskap teknologi ke dalam wacana korporat yang strategik dan berimpak tinggi. Selain dunia penulisan dan teknologi, penulis turut berbakti dalam pembentukan sahsiah kepimpinan dan khidmat komuniti melalui penglibatan aktif sebagai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), memupuk disiplin serta komitmen jitu terhadap keselamatan awam dan integriti organisasi.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com