Empat kawasan di Sarawak catat bacaan API tahap sangat tidak sihat
Kuching mencatat bacaan tertinggi pada 261, diikuti Serian, Sri Aman dan Samarahan, manakala 23 kawasan lain di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat.


Gambar fail: jerebu menyelubungi Kuala Lumpur. Gambar fail: servus / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)
KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat pada jam 3 petang hari ini, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Kuching mencatat bacaan tertinggi pada 261, diikuti Serian (254), Sri Aman (234) dan Samarahan (231).
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS, Azuri Azizah Saedon berkata 23 kawasan lain di seluruh negara pula berada pada tahap tidak sihat.
Antara bacaan tertinggi dalam kategori itu ialah Johan Setia (165), Shah Alam (163) dan Batu Muda di Kuala Lumpur (163), selain beberapa kawasan di Sarawak seperti Mukah dan Sarikei yang masing-masing mencatat 185.
Pusat Meteorologi Khusus ASEAN mengesan 109 titik panas di Kalimantan, 119 di Sumatera dan lima di Malaysia sehingga 7 September, punca utama jerebu rentas sempadan yang melanda negara ini.
Mengikut klasifikasi IPU, bacaan 101 hingga 200 adalah tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Sumber: Bernama.
Ujian teknikal: klip TikTok di bawah disisipkan untuk menguji fungsi sisipan video dan tidak berkaitan dengan laporan di atas.

Penulis merupakan pengamal dan pemerhati bidang teknologi serta perniagaan, dengan fokus kepada penulisan analitikal berkaitan transformasi digital, infrastruktur moden, dan ekosistem komersial semasa. Berpengalaman menterjemah kerumitan landskap teknologi ke dalam wacana korporat yang strategik dan berimpak tinggi. Selain dunia penulisan dan teknologi, penulis turut berbakti dalam pembentukan sahsiah kepimpinan dan khidmat komuniti melalui penglibatan aktif sebagai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), memupuk disiplin serta komitmen jitu terhadap keselamatan awam dan integriti organisasi.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


