Jasa Tun Dr Siti Hasmah dalam kesihatan, kebajikan terus dikenang – Siti Nurhaliza
Sumbangan Allahyarham sepanjang hayatnya terlalu besar dan meninggalkan kesan kepada masyarakat

Bagi Siti, sumbangan Allahyarham sepanjang hayatnya terlalu besar dan meninggalkan kesan kepada masyarakat, — Threads Siti Nurhaliza
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia.
Pelantun lagu Cindai ini juga urut mengenang jasa dan sumbangan besar tokoh wanita itu dalam bidang kesihatan, kebajikan serta pembangunan wanita.
Menurut Siti, sumbangan Allahyarham sepanjang hayatnya terlalu besar dan meninggalkan kesan kepada masyarakat, khususnya dalam usaha memperkasa bidang kesihatan dan kebajikan.
"Pemergian Allahyarhamah suatu kehilangan besar buat seluruh rakyat Malaysia memandangkan jasa dan sumbangan Tun Dr Siti Hasmah yang begitu banyak dalam bidang kesihatan, kebajikan dan pembangunan wanita sepanjang hayatnya.
"Saya mendoakan agar Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan berat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siti turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang tokoh wanita yang penyayang, lemah lembut serta memiliki sifat keibuan yang tinggi.
Katanya, keperibadian dan sumbangan Allahyarham Dr Siti Hasmah wajar dikenang sebagai sebahagian daripada legasi besar seorang wanita yang banyak menabur bakti kepada negara.
Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, 100, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.20 pagi hari ini.
Berita pemergian Allahyarhamah disahkan anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Filem Wanted By Family mengambil lokasi penggambaran di Malaysia bakal ditayangkan di lebih 25 negara
Deel Anjer · 28 September 2026 pada 08:54 PG

“Adab Siti Nurhaliza tak boleh dilakonkan, contoh terbaik generasi kini” – Nourul Depp
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 06:29 PTG

55,169 penjawat awam berisiko tinggi kesihatan mental, jangan hanya kejar KPI
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 03:36 PTG
Berita berkaitan

Harapan kepada wakil rakyat bahas isu keresahan pencarum KWSP
The Step · 28 September 2026 pada 09:40 PG

Isu New Age Movement: JAKIM beri teguran, dapatkan penjelasan Marhamah
The Step · 27 September 2026 pada 10:11 PTG



