EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Jangan gadai maruah, masa depan demi kepentingan sementara

"Jangan sesekali kita sia-siakan perjuangan nenek moyang yang telah berkorban demi kemerdekaan yang kita nikmati hari ini".

The Step14 September 2026 pada 03:22 PTGDikemas kini 14 September 2026 pada 03:34 PTG
Fahmi Fadzil bergambar kenangan bersama pelajar di Politeknik Kuching, Sarawak dalam Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Fahmi Fadzil bergambar kenangan bersama pelajar di Politeknik Kuching, Sarawak dalam Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026. - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

GENERASI muda diingatkan supaya berpegang teguh kepada nilai-nilai integriti selain menjauhi rasuah serta menolak salah guna kuasa demi membina masa depan negara.

Perkara itu ditegaskan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil yang melihat perpaduan Malaysia dibina atas persefahaman rakyat.

Malah katanya, mereka juga perlu jauhi perkauman sempit dan fahaman keagamaan yang ekstrem.

"Jangan gadaikan maruah dan masa depan hanya kerana kepentingan sementara," jelasnya dalam hantaran di Facebook.

Beliau menegaskan, generasi muda perlu sentiasa mengenali, menghargai dan memelihara sejarah.

"Jangan sesekali kita sia-siakan perjuangan nenek moyang yang telah berkorban demi kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.

"Perbezaan bukan alasan untuk kita berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan untuk kita saling memahami, menghormati dan membina masa depan bersama," katanya.

Terdahulu beliau menyertai lebih 500 pelajar di Politeknik Kuching, Sarawak dalam Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

"Kami mengimbau sejarah Malaysia, perjuangan, pengorbanan dan perjalanan panjang yang membawa kita kepada sebuah negara yang merdeka," katanya.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan