JAIS sahkan figura awam ditahan atas kesalahan khalwat
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat melibatkan figura awam telah dilakukan di sekitar daerah Petaling pada pukul 6 petang, semalam.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," jelasnya dalam kenyataan.
Sehubungan itu jelas beliau, JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara.
Terdahulu media melaporkan, pemimpin kanan sebuah parti politik dikatakan telah ditangkap khalwat bersama seorang wanita di Petaling Jaya (PJ) semalam.
Kedua-dua individu terbabit dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


