The Step - Every Story Moves You

Isu sembelihan ayam tak patuh syarak: Halal bukan sekadar logo pada bungkusan

Begitu juga dengan laporan terbaharu berhubung kemasukan daging ayam sejuk beku melalui pintu sempadan yang menimbulkan keraguan terhadap status halalnya.

TS
Oleh The StepPengarang Berita20 Oktober 2026 pada 07:38 PTG1 min bacaanDikemas kini 21 Oktober 2026 pada 07:27 PG
Tangkap layar dari video yang tular mengenai keadaan sembelihan ayam oleh warga asing yang didakwa tidak patuh syarak.

Tangkap layar dari video yang tular mengenai keadaan sembelihan ayam oleh warga asing yang didakwa tidak patuh syarak.

ISU membabitkan sembelihan ayam oleh warga asing yang didakwa dilakukan tidak mematuhi kaedah ditetapkan syarak mendapat perhatian bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya, beliau menegaskan isu halal bukan sekadar logo pada bungkusan.

Malah tegasnya, halal ialah amanah yang mesti dipelihara, daripada proses penyembelihan sehingga makanan itu sampai ke meja pengguna.

"Ramai yang menghubungi saya bagi mendapatkan pandangan berhubung isu berkenaan.

"Begitu juga dengan laporan terbaharu berhubung kemasukan daging ayam sejuk beku melalui pintu sempadan yang menimbulkan keraguan terhadap status halalnya.

"Lebih membimbangkan, ayam tersebut didakwa dibawa masuk ke Malaysia sebelum dibungkus semula di premis yang telah memperoleh pensijilan halal, lalu dipasarkan kepada pengguna," jelasnya.

Beliau menegaskan, isu tersebut bukan perkara kecil kerana ia melibatkan soal halal dan haram, amanah dalam pensijilan serta keyakinan umat Islam terhadap makanan yang mereka konsumsi setiap hari.

Beliau memetik firman Allah SWT dalam Surah al-An'am ayat 121 bermaksud: "Dan janganlah kamu makan daripada (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya perbuatan itu adalah suatu kefasikan".

Nas tersebut katanya, mengingatkan soal makanan halal bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

Ia jelasnya, bukan sekadar urusan perdagangan atau perniagaan, bahkan berkait rapat dengan tuntutan agama, amanah dan tanggungjawab terhadap pengguna Muslim.

"Walau bagaimanapun, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berwibawa untuk menyiasat dan memberikan penjelasan berdasarkan fakta, bukti serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

"Semoga segala persoalan dapat dirungkai dengan telus demi memelihara kesucian halal dan kepentingan umat Islam," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com