The Step - Every Story Moves You

Isu pelarian Myanmar: Keselamatan, kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan

Hari ini, 1,476 pelarian memulakan fasa pertama (penghantaran pulang) setelah melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara.

TS
Oleh The StepPengarang Berita30 September 2026 pada 09:00 PG1 min bacaanDikemas kini 1 Oktober 2026 pada 01:59 PTG
Fasa pertama penghantaran pulang pelarian Myanmar.

Fasa pertama penghantaran pulang pelarian Myanmar.

KERAJAAN akan memastikan isu pelarian Myanmar ditangani secara tuntas dengan keselamatan serta kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan.

Demikian penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan penghantaran pulang 1,476 pelarian Myanmar untuk fasa pertama setelah melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara.

"Insya-Allah saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan," jelas Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook.

Tiga kapal Tentera Laut Myanmar tiba di perairan negara awal pagi semalam bagi fasa pertama penghantaran pulang warga Myanmar yang ditahan di Malaysia.

Operasi penghantaran pulang itu dilaksanakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, yang juga Markas Pemerintahan Armada Barat.

Pada Julai lalu Perdana Menteri mengumumkan persetujuan dicapai dengan kerajaan Myanmar untuk menghantar pulang 5,000 warganya yang berada di Malaysia.

Terdahulu Anwar memberitahu, isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu.

Sebaliknya jelas beliau, ia legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan.

"Kerajaan MADANI mengambil langkah bagi menangani persoalan ini secara lebih tersusun, termasuk melalui penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi serta kerjasama dengan negara asal.

"Hasil rundingan dengan Myanmar, 5,000 pelarian dipersetujui untuk dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat.

"Hari ini, 1,476 pelarian memulakan fasa pertama setelah melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com